Popular Posts

Tuesday 23 October 2012

disekat amalan dari melepasi 7 langit


jika berkehendak kamu pada kebaikan pada dirimu maka luankanlah masamu untuk mencarinya..

Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang
"Dan janganlah Engkau hinakan aku
pada hari mereka dibangkitkan.
(Yaitu) di hari harta dan anak tidak
berguna, kecuali orang-orang yang
menghadap Allah dengan hati yang
bersih" (Asy Syuara: 87-89)
Amalan yang dilaknat Allah SWT dan
para malaikat
Imam Abdullah bin al-Mubarak R.A.
telah meriwayatkan di dalam kitab
Al-Zuhd dengan sanad beliau
daripada seorang lelaki iaitu
Khalid bin Maadan yang pernah
berkata kepada Muaz: “Wahai Muaz!
Ceritakanlah kepadaku sebuah
hadith yang pernah engkau dengar
daripada Rasulullah s.a.w..
Lalu Muaz menagis sehingga aku
sangka ia tidak dapat berhenti tetapi
akhirnya Muaz berhenti daripada
tangisannya kemudian lalu Muaz
berkata: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepadaku:
Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu
ceritakan kepada kamu sebuah
hadith jikalau engkau mampu
memeliharanya pasti ia akan
memberi manafaat akan dikau di sisi
Allah tetapi jika engkau mensia-
siakannya dan tidak memeliharanya
maka akan terputuslah hujahmu di
hadapan Allah pada hari kiamat
nanti.
Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah
s.w.t. telah menjadikan tujuh orang
malaikat sebelum ia menciptakan
langit dan bumi lalu ditentukannya
pada setiap langit seorang malaikat
daripada mereka untuk menjaga
pintu langit tersebut. Lalu naiklah
malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba yang dilakukannya
mulai dari pagi sampai ke petang.
Amalan tersebut mempunyai nur
bagaikan cahaya matahari, sehingga
apabila malaikat Hafazhah yang
membawa amalan hamba itu sampai
ke langit pertama. Mereka
menganggap bahawa amalan itu baik
dan sangat banyak lalu berkata
malaikat penjaga langit pertama itu
bagi malaikat Hafazhah:
“Pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya.
Akulah malaikat penjaga ghibah
(mengumpat). Allah telah
menyuruhku supaya aku tidak
membiarkan amalan orang yang
mengumpat orang lain itu dapat
melalui aku untuk terus naik ke
atas”
Kemudian datang pula malaikat
Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Mereka
menganggap bahawa amalan itu
sangat baik dan sangat banyak
(malaikat itu berjaya melintasi langit
yang pertama kerana orang yang
mengerjakan amalan tersebut tidak
terlibat dengan dosa mengumpat
orang) sehingga mereka sampai ke
langit yang kedua lalu berkata
malaikat penjaga langit yang kedua
itu:
“ Berhenti kamu di sini dan
pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakanya
kerana ia mengkehendaki dengan
amalannya akan mendapat
keuntungan dunia. Allah telah
menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang seperti
ini melintasi aku untuk terus naik ke
atas. Selain daripad itu ia juga suka
membesarkan diri di dalam majlis
perjumpaan. Akulah malaikat
penjaga kebesaran.”
Kemudian naik pula malaikat
Hafazhah membawa amal seseorang
hamba yang penuh dengan sinaran
dan cahaya daripada pahala
sedekah, sembahyang, puasa. Para
malaikat Hafazhah merasa hairan
melihat keindahan amalan tersebut
lalu mereka membawa amalan itu
( melintasi langit yang pertama dan
kedua) sehingga sampai ke pintu
langit yan ketiga maka berkata
malaikat penjaga langit ketiga itu:
“ Berhenti kamu di sini dan
pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya.
Akulah malaikat takbur. Allah
menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang
takbur dapat melintasiku. Orang itu
sangat suka membesarkan diri di
dalam majlis orang ramai.”
Kemudian naik pula malaikat
Hafazhah membawa amal seseorang
hamba. Amal itu bersinar-sinar
seperti bersinarnya bintang yang
berkelip-kelip. Baginya suara tasbih,
sembahyang, puasa, haji dan umrah.
Para malaikat Hafazhah berjaya
membawa amalan itu sehingga
sampai ke pintu langit yang keempat
maka berkata malaikat penjaga
langit keempat itu:
“ Berhenti kamu di sini dan
pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya,
belakang dan juga perutnya. Akulah
malaikat ‘ujub. Allah menyuruhku
supaya tidak membiarkan amalan
orang yang ‘ujub dapat melintasiku.
Ia beramal adalah dengan dorongan
perasaan ‘ujub terhadap dirinya.”
Kemudian naik pula malaikat
Hafazhah membawa amal seseorang
hamba sehingga mereka berjaya
sampai ke pintu langit yang kelima
seolah-olah amalan itu pengantin
yang dihantar (disambut) ke rumah
suaminya (maksudnya amalan itu
berseri-seri) lalu berkata malaikat
penjaga langit yang pertama:
“ Berhenti kamu dan pukulkan
dengan amalan ini akan muka orang
yang mengerjakannya dan
campakkanya di atas tengkoknya.
Akulah malaikat hasad , ia sangat
hasud kepada orang berlajar ilmu
dan beramal seperti amalanya. Ia
hasut akan orang lain yang
melakukan sebarang kelebihan di
dalam ibadat, ia juga mencela
mereka. Allah menyuruhku supaya
aku tidak membiarkan amalan orang
yang hasud ini melintasi aku.”
Kemudian naik pula malaikat
Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Baginya cahaya
seperti bulan purnama daripada
sembahyang, zakat, umrah, jihad
dan puasa. Malaikat Hafazhah
berjaya membawa amalannya
sehingga sampai ke langit yang
keenam lalu berkata malaikat
penjaga langit tersebut:
“ Berhentilah kamu dan pukulkan
amalan ini akan muka orang yang
mengerjakannya kerana ia tidak
belas kasihan kepada hamba-hamba
Allah yang terkena bala dan
kesusahan bahkan ia merasa
gembira dengan demikian. Akulah
malaikat rahmat. Allah menyuruhku
supaya tidak membiarkan amalan
orang yang seperti ini tidak
melintasi aku.”
Kemudian naiklah pula malaikat
Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Amalan itu
sembahyang, puasa, nafkah, jihad
dan warak. Baginya bunyi
(maksudnya bunyi zikir) seperti
bunyi lebah dan baginya cahaya
seperti cahaya matahari dan naiklah
bersama dengan amalan itu tiga ribu
malaikat. Mereka telah berjaya
membawanya sehingga sampai ke
pintu langit yang ketujuh maka
berkata malaikat penjaga pintulangit
tersebut:
“ Berhentilah kamu dan pukulkan
dengan amalan ini akan muka orang
yang mengerjakannya bahkan
pukulkan pula akan seluruh anggota
badannya dan tutupkan ke atas
hatinya. Akulah malaikat zikir
( seorang yang beramal dengan
tujuan supaya disebut-sebut oleh
orang lain). Aku akan menghalang
amalan orang riak dari sampai
kepada Tuhanku. Ia bukan beramal
bukan kerana mencari keredhaan
Allah tetapi hanya bertujuan supaya
mendapat tempat yang tinggi di hati
para fukaha dan supaya disebut di
kalangan para ulama dan supaya
masyhur namanya di merata tempat.
Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang riak
itu melintasi aku, kerana setiap
amalan yang tidak ikhlas adalah riak
dan Allah tidak akan menerima
amalan orang yang riak.”
Kemudian naik pula malaikat
Hafazhah dengan amalan seseorang
hamba. Amalan itu berupa
sembahyang, zakat, puasa, haji,
umrah, akhlak mulia, banyak
berdiam (daripada perkara yang
tidak berguna) dan banyak berzikir.
Amalan hamba ini diusung oleh para
malaikat penjaga tujuh petala langit
sehingga mereka melintasi segala
halangan dan sampai kepada Allah.
Para malaikat itu berhenti di
hadapan Allah dan bersaksi dengan
keikhlasan dan kebaikan amalan
tersebut lalu Allah ber firman
kepada para malaikat –Nya:
“ Kamu adalah yang bertugas
menjaga amalan hambaKu ini dan
sebenarnya Aku lebih mengetahui
dengan segala isi hatinya. Ia
sebenarnya tidak mengkehendaki
akan Aku dengan amalannya
tersebut. Ia hanya mengkehendaki
sesuatu yang lain daripadaKu oleh
kerana itu maka Aku turunkan ke
atasnya akan laknatKu.”
Lalu para malaikat tadi berkata: “Ke
atasnya laknatMu dan juga laknat
kami.”
Lalu melaknat akan dia oleh tujuh
petala langit dan seisinya.
Mendengar sabda Rasulullah s.a.w.
ini lalu Muaz menangis seraya
berkata:
“Engkau adalah Rasulullah s.a.w.
sedangkan aku adalah Muaz (hamba
Allah yang bukan Rasul). Maka
bagaimana aku dapat selamat dan
sejahtera”.
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Hendaklah engkau ikuti aku
walaupun hanya dengan sedikit
amalan”.
Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik
daripada mencela saudaramu yang
membaca al-Quran (golongan ulama)
dan pertanggungkanlah segala
dosamu ke atasmu dan jangan
engkau mempertanggungkan dosamu
ke atas mereka dan jangan engkau
menganggap dirimu bersih dan
jangan pula engkau mencela orang
lain dan jangan engkau memuji
dirimu di hadapan mereka .
Dan jangan engkau campurkan
urusan dunia di dalam urusan
akhirat . Dan jangan engkau
menyombong diri di dalam majlis
nanti orang ramai akan takut
kepadamu kerana kejahatanmu dan
jangan engkau berbisik kepada
seseorang sedangkan seorang lagi
ada di sisimu dan jangan engkau
membesarkan dirimu , maka akan
terputus daripadamu segala
kebaikan di dunia dan di akhirat.
Dan jangan engkau carikkan (pecah
belah) akan manusia,
maka mencarik akan dikau oleh
anjing-anjing api neraka pada hari
kiamat nanti.
Allah berfirman yang bermaksud: “
Demi yang mencarik dan
carikkan .” (al-Nazi’at: 2)
Apakah engkau ketahui wahai Muaz
siapakah mereka yang mencarik itu?
Muaz bertanya: “Ya Rasulullah,
sebenarnya siapa mereka?” Lalu
Nabi s.a.w. menjawab: “Itulah
anjing-anjing garang di dalam api
neraka yang akan mencarikkan
daging sehingga sampai ke tulang.”
Muaz bertanya: “Ya Rasulullah
siapakah yang mampu melaksanakan
segala perkara yang engkau sebutkan
tadi? Dan siapakah yang akan
selamat daripada seksaan itu?”
Nabi s.a.w. menjawab: “Itu
sebenarnya mudah bagi orang yang
dimudahkan oleh Allah”
Kemudian lalu Khalid bin Maadan
berkata: “Maka aku tidak pernah
melihat seseorang yang banyak
membaca al-Quranul Karim
lebih daripada Muaz kerana beliau
faham terhadap hadith yang besar
ini.”
~dipetik dari kitab Bidayatul
Hidayah-Hujjatul Islam Al Imam Al
Ghazali~

No comments:

Post a Comment